

BUATLAH YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN INI, SESUNGGUHNYA SIAPA YANG BERUSAHA LEBIH PASTI AKAN MEMPEROLEHI LEBIH... MAJULAH WAHAI SAHABATKU.. SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG BERIMAN DENGAN-NYA...



Kajian yang telah dibuat berkenaan sheesha menurut Dr, Husam dalam artikelnya di dalam web Islamonline menyatakan bahawa kesemua penggunaan sheesha membawa kemudaratan kepada kesihatan sama ada menggunakan tembakau atau yang menggunakan bahan-bahan daripada buah-buahan yang telah dirawat dengan cara-cara tertentu."
Asap yang dihasilkan dari pembakaran menghasilkan nitrogen oksida yang bertindakbalas dengan arang dan lain-lain kandungan menghasilkan aromatic amines. Perokok menyedut aromatic amines seperti contoh N-nitrosodimethylamine, N-nitrosodiethyl-amine antara carcinogens (bahan yang menyebabkan kanser) dalam kuantiti yang banyak.
Penghisap shisha mengatakan bahawa shisha lebih selamat berbanding rokok. Ini tidak benar, malahan sheesha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi termasuk dari segi penyediaannya dgn
perkongsian paip shisha juga mendedahkan mereka kepada bahaya lain. Mereka akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang merebak melalui air liur.
Terdapat mitos mengatakan bahawa menghisap sheesha dapat menjadikan suara lebih merdu. Ini tidak benar sama sekali. Kebanyakan penyakit pita suara berpunca dari merokok. Selain dari kanser, merokok dapat menyebabkan pita suara membengkak. Bengkak pada pita suara ini dikenali sebagai Reinke’s oedema. Ia juga dapat menyebabkan tompokan putih pada pita suara (leukoplakia). Suara menjadi garau, serak, dan pastinya tidak merdu.
Untuk maklumat lebih lanjut plez layari laman web ini....
http://bicara4negara.wordpress.com/2007/03/26/syisya-satu-kajian/[/b]
Berdasarkan kepada sabda Rasulullah :
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه و سلم قال : من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
رواه الترميذى وغيره
Maksudnya : ” Daripada kebaikan Islam seseorang itu dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya sebagai seorang muslim daripada perkataannya dan perbuatannya”.
Hurmmm... sampai disini jer r.. ku berharap kawanku termasuk diriku ini dapat mngubah diri kearah yang lebih baik lagi.. Semoga Allah sentiasa bersama2 dgn kita dan dibawa lindungannya.. Aminn...